ayusha.h
3 tahun
Rahim jatuh sampai ke bawah
Saya wanita 23 tahun dan saya dapati ada benjolan daging yang muncul di vagina saya.
6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pertumbuhan bulu di bahagian faraj secara tidak normal
- sista faraj - kelenjar kulit ataupun saluran peluh yang tersumbat sehingga membentuk benjolan seperti bentuk jerawat
- Molluscum contagiosum - jangkitan virus berjangkit melalui beberapa barangan peribadi seperti tuala, seluar
- Ketuat kelamin
- Bartholonitis - perlu berjumpa doktor dengan segera
Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, anda perlu merujuk masalah ini kepada doktor. Maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan untuk memastikan puncanya agar dapat dirawat dengan tepat dan berkesan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
































