Sulit
5 tahun
Rahim pinggang saya sengal termasuk naik suhu badan saya dan betis saya kejang
Saya wanita berunur 23 . Saya mengalami sakit bahagian rahim sengal dibahagian rahim dan sakit pinggang dan sekarang betis saya kejang , saya baru berkahwin , apa tu ye doktor risau saya sebab dah masuk 4 hari sakit tak kunjung baik . Saya sakit tu ada masa nya doktor kadang okey kadang tak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah senggugut ketika haid adalah salah satu perkara biasa yang terjadi kepada wanita akibat hormon prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim ketika haid. Namun begitu, senggugut yang teruk boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Tisu endometrium tumbuh di dalam otot rahim
- Tisu endometrium tumbuh di luar rahim
- Ketumbuhan fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.

































