
Sulit
4 tahun
Rahim seperti berdenyut/ menyucuk
Hi dr, saya sudah berkahwin.
Screen test untuk CA125 saya adalah 35.5 , normal range doctor kata below 36. tapi saya kerap rasa sekitar rahim seperti menyucuk/berdenyut. adakah ini bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, CA125 dibuat untuk mengukur tahap antigen kanser di dalam badan anda dan digunakan untuk melihat sama ada anda mempunyai tanda-tanda awal kanser seperti yang disebutkan di bawah:
- Kanser rahim
- Kanser serviks
- Kanser ovari
- Kanser payudara
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, tahap CA125 yang tinggi perlu disokong oleh faktor risiko dan tanda-tanda yang dilaporkan oleh anda dan yang dijumpai oleh doktor yang memeriksa anda. Oleh itu, pemeriksaan lanjut adalah diperlukan supaya diagnosis dapat dibuat.
Untuk masalah rahim yang sakit pula, ia boleh berpunca daripada beberapa sebab, seperti:
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Kanser serviks
- Ketumbuhan atau kanser ovari
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan salur kencing
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah perlu supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.