
sari_1111
5 tahun
Rahim terbalik dan sukar hamil
saya wanita berumur 36 kerap sakit belakang n doctor pernah mgesahkan saya memiliki rahim terbalik, adakah ini menyebabkan saya sukar hamil dan kerap sakit belakang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Rahim terbalik atau bahasa Inggerisnya retroverted uterus bukanlah suatu kondisi yang menganggu kesuburan. Rahim adalah organ reproduksi yang terletak di pelvis. Pada wanita, letak bahagian atas rahim dapat berbeza. Sesetengah wanita bahagian atas rahim mengarah ke depan yaitu pundi kencing (anteverted) sementara setengah lagi mengarah ke belakang yaitu ke tulang belakang (retroverted).
Tidak dinafikan bahwa kesuburan ditentukan oleh banyak faktor, namun rahim terbalik bukanlah salah satunya. Rahim terbalik hanyalah sejenis variasi anatomi seperti variasi warna mata dan warna rambut tanpa mempengaruhi fungsi organ.
Berdasarkan keluhan puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- endometriosis
- pelvic inflammatory disease (PID)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.