
Sulit
5 tahun
Rakan sekerja dikuarantin 14 hari tampa ada symptom
Salam sejahtera,
Seorang staff saya telah menghadiri perjumpaan Jemaah Tablik di Sri Petaling pada 28 Feb hingga 01 Mac 2020. Belieu telah masuk kerja semula pada 03 Mac 2020 sehingga 11 Mac 2020. Setelah mengetahui belieu menghadiri perjumpaan tersebut dan menasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan pada 12 Mac dan diberi cuti sakit 2 hari tanpa ada symptom sakit oleh KKM dan pada 16 Mac 2020 diberi surat kurantin di rumah 14 hari tanpa ada symptom. Bagaimana contact selama 7 hari dia bekerja dengan staff lain yg menjadi kegusaran. Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Berdasarkan penerangan anda, saya memahami anda risau akan kemungkinan mendapat jangkitan COVID-19. Namun, protokol yang dikeluarkan oleh pihak KKM cuma menyarankan kontak rapat kepada sesiapa yang positif untuk COVID-19 untuk menjalani ujian COVID-19. Anda yang lain boleh memantau kesihatan anda dan terus mengambil langkah berjaga-jaga pada waktu ini. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini