
Anonymous
5 tahun
Rambut Gugur dan menipis
saya lelaki berumur 26 tahun mengalami masalah rambut gugur sejak awal 20an. saya dapati rambut saya semakin menipis sejak 4 tahun yang lalu. saya juga perasan kebanyakan keluarga sebelah ibu saya mempunyai masalah botak. saya ada terbaca bahawa punca rambut gugur adalah sebab dht. saya bercadang untuk menggunakan piping rock dht blocker. adakah ianya berkesan untuk masalah rambut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rambut gugur dan menipis boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelemumur
- Tinea capitis; sejenis jangkitan kulat
- Unbalanced diet akibat kekurangan iron ataupun vitamin
- Anrogenic alopecia akibat ketidakseimbangan hormon
- Penyakit autoimun
Sebetulnya, oleh kerana terdapat banyak sumber sehingga menyebabkan rambut gugur dan menipis, sebaiknya tuan mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang bersesuaian dan agar dapat dilakukan perawatan yang tepat sebelum anda mulai mengambil sebarang ubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.