
Sulit
5 tahun
Rambut jarang di bahagian atas kepala
Saya lelaki dalam 20an saya mengalami masalah rambut gugur (keturunan) dan dah semakin nipis,jarang . Macam mana nk merawat masalah rambut ni? Ada tak ubat2 atau kaedah,alat2 untk merawat masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rambut gugur dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti jangkitan kulat, akibat stress, dan akibat masalah hormon. Oleh itu, anda perlu merujuk ke doktor untuk mengenalpasti penyebab sebenar masalah rambut gugur anda. Keturunan hanyalah faktor risiko kejadian rambut gugur. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dikenalpasti dan disingkirkan sekiranya terdapat sebarang jangkitan sekunder sebelum memulai perawatan untuk melebatkan rambut kembali.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.