Sulit
4 tahun
Rancang kehamilan selepas rawatan tibi
Sy mempunyai istri yg dulunya positive tibi, tapi sekarg beliau sudah pun smbuh dan tamat rawatan, persoalan bolehkah kami merancang untuk kehamilan dan berisikokah pada kandungn istri saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah tibi tidak mempengaruhi seseorang wanita untuk sukar hamil. Lebih-lebih lagi jika sudah sembuh daripada tibi.
Maka tiada masalah untuk anda dan pasangan merancang kehamilan.
Anda boleh baca lebih lanjut di sini mengenai tips untuk mudah hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































