
Sulit
4 tahun
Rasa berat untuk bernafas
Saya wanita berusia 28 tahun dan belum lagi berkahwin.saya telah didiagnos doktor mempunyai masalah GERD dan juga masalah anemia.sejak kebelakangan ini saya berasa berat untuk bernafas seperti tidak cukup nafas.saya ingin bertanya pada doktor, adakah penyakit GERD dan anemia ini adalah punca saya rasa berat untuk bernafas? Apakah cara untuk saya menangani masalah ini? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk kami memahami masalah sebanar anda. Oleh itu, sukar untuk saya menerangkan apa yang terjadi pada anda.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas dimana individu mengalami kesukaran untuk bernafas, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
sesak nafas makin teruk
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sakit di bahagian dada? Pakar jantung kami sedia membantu!