
fadhlialy92
4 tahun
Rasa dunia ne berpusing2
Sy lelaki UMUR sy lingkungan 28 tahun…sy berkerja ada hari nya sy akan berkerja 24jam dalam seminggu tu… Bila hbis waktu sy berkerja untuk 24jam tu sy akan tidur… Bila sy bgun dari tidur tu Dan sy bergerak kedapur sy akan rasa kepala sy ne berpusing mcm tengah hanyut dlm kolam…bila bla sy lawan rasa pening tu sy akn pitam seketika…bila sy smbung tidur sy semua sy bgun balik benda tu akan jadi semua berpusing…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- adakah anda rasa seperti kawasan sekitar anda berpusing?
- adakah rasa pening berlaku semasa anda berdiri secara tiba tiba/melakukan sebarang aktiviti tiba tiba?
- adakah anda mengalami simptom lain(,sakit telinga, telinga berdesing)
Secara umumnya,antara punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami adalah:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan/ menganggu aktiviti seharian anda terganggu sila rujuk ke klinik dengan segera.Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih