
hamsterputih689
5 tahun
Rasa gatal di kemaluan
Saya seorang ibu berusia 32 tahun. Mempunyai 2 org anak lelaki. Masalah saya seminggu kebelakangan ini saya mengalami kegatalan teruk di bahagian kemaluan. Bermula dari bahagian bibir vagina hingga ke dubur. Rasa gatal tidak kira masa dan keadaan menyukarkan aktiviti harian saya. Kadang-kala rasa gatal melampau buat saya terpaksa menggaru bahagian yang gatal tersebut sehingga melecet. Saya tidak berani untuk mengambil sebarang ubat kerana masih menyusukan anak saya. Apa perlu saya lakukan untuk masalah saya ni doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di kemaluan serta keputihan berwarna boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.