
Sulit
5 tahun
Rasa kaki dan tangan seperti sakit tegang
Doktor, saya wanita berusia 20 yahun sejak seminggu ini kaki
dan tangan saya sakit menegang. Kaki yang selalu sakit menegang dan secara on off. Ianya rasa seperti ditarik-tarik dan sakit hanya untuk beberapa saat. Rasa sakit ini biasanya dari betis sehingga ke tapak kaki
. Kadang-kadang tangan saya juga berasa lenguh. Adakah ini masalah aliran darah doktor atau sebaliknya? Kaki saya juga tidak bengkak atau sebagainya cuma kadang-kadang rasa seperti menyucuk

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ketegangan otot
- Kencing manis
- Akibat saraf tersepit
- Penyakit autoimun
- Akibat penyakit hormon seperti tiroid
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak selama seminggu, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.