
Sulit
5 tahun
Rasa kebas di jari tangan sebelah kanan
Salam sejahtera doktor…saya wanita berumur 34 tahun dan telah pun dalam rawatan untuk penyakit hipertensi. Saya diberi ubat hipertensi Amlodiphine 10mg OD. Baru-baru ini,saya sering mengalami kebas di jari tangan sebelah kanan saya terutamanya waktu malam yang menyebabkan tidur saya terganggu disebabkan masalah ini. Jadi,saya tahu, adakah masalah kebas ini berkaitan dengan penyakit hipertensi saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- darah tinggi
- elektrolite yang tidak seimbang
- kencing manis
- carpal tunnel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.