
Sulit
3 tahun
Rasa kebas pada bahgian vagina selepas bersalin normal
Hi dr…saya mengalami rasa kebas pada bahagian luar vagina setiap kali buang air kecil… kenapa saya rasa macam tu dan ada jalan penyelesaian dak untuk hilangkan rasa kebas pada vagina??? rasa kebas tu berlaku selepas saya bersalin normal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah kebas pada bahagian vagina. Kami akan cuba membantu anda dalam menyelesaikan masalah ini.
Untuk makluman anda, secara umum, antara punca benjolan pada kemaluan adalah:
- Terhimpit oleh peha
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Pakaian dalam yang ketat
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Jangkitan ketuat
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Masalah saraf
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.