
Sulit
4 tahun
Rasa Lapar tetapi mual apabila makan
sering penat, sering membuang air besar, tiada selera makan, mati rasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Namun begitu, keterangan anda adalah terlalu umum dan lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengetahui masalah anda. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Keracunan makanan
- Gastritis
- Refluks asid atau GERD
- Ulser gastrik
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana kami bimbang ia mungkin disebabkan oleh masalah yang lebih serius.
Jangan berlengah dan jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Muntah-muntah
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
- Najis berdarah
- Perubahan dalam kekerapan membuang air besar
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.