
Sulit
4 tahun
Rasa loya dan pening berpanjangan
Sejak 3 hari saya mengalamai loya berpanjangn…hingga ke mlm.saya juga berasa pening.saya berumur 36 tahun.sebelum itu saya ada dtg period tp hya 2 hari…darah seperti kehitaman.hari ketiga dan seterusnya…hnya sikit.sy hnya pkai panties liner.jika tidak rasa sy hamil sbb sy sudah ikat smasa melahirkan 3 tahun yg lepas.jdi apa penyakit saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah mual yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang dihadapi iaitu:
- Keracunan makanan
- Ulser perut
- Gastrik ( Gastritis )
- Ketidakseimbangan hormon atau masalah enzim penghadaman
- Jangkitan kuman pada usus atau perut.
- Penyakit keradangan pada usus
- morning sickness - pada kehamilan
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami simptom seperti demam, sakit perut atau muntah hijau atau berdarah.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih