
Sulit
4 tahun
Rasa loya selepas terbau benda busuk
saya wanita umur 20,semenjak saya terbau benda busuk macam orang yang badannya berbau,saya jadi lebih sensitif terhadap bau busuk…yang peliknya bau sampah yang busuk boleh tahan lagi,yang tak tahan bila bau busuk pada buku & bangun pagi kadang rasa nak muntah tapi saya suka tahan dari muntah sebab saya tak suka muntah.Kadang dalam sehari mesti ada satu masa yang saya rasa mual & saya akan tahan dari muntah.Adakah ini benda normal? Atau ada masalah kesihatan lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, rasa loya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- kehamilan
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.