
Sulit
3 tahun
Rasa loya tekak.adakah itu kesan dari ubat2
Ibu sy berumur 60an sejak 3tahun yg lepas ibu telah diagonis mempunyai peyakit kencing manis,darah tinggi dan jugak kolestrol.sejak itu ibu ada menambil ubat2 peyakit diaatas dan insulin.pada mula memgambil ubat2 diatas ibu tidak mengalami loya tpi sejak kebelakangan ni ibu sering mengalami rase loya.jadi sy ingin bertanye adakah itu kesan pegambilan ubat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan boleh berkait rapat dengan penggunaan ubat yang telah diberikan, saya menyarankan ibu anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari pusat rawatan tempoh hari atau di klinik kesihatan yang terdekat. Hal ini adalah untuk memastikan ibu anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor yang memepunyai data kesihatan anda yang lebih khusus.
Lazimnya kondisi ibu anda boleh dikaitkan dengan
- kesan sampingan ubat
- perubahan hormon
- gejala psikologi
- gangguan saluran pencernaan
- atau kondisi tubuh lain yang memerlukan rawatan doktor
Justeru sementara menunggu rawatan lanjut dari doktor di klinik atau hospital, ibu anda juga disarankan untuk
- mengamalkan gaya hidup sihat seperti
- melazimi eksesais atau bersenam
- memperolehi diet yang sihat
- mendapatkan tidur yang cukup
- meningkatkan pemakanan yang
- tinggi kandungan probiotik
- tinggi kandungan serat. potasium dan vitamin
- diringi dengan jadual diet dan minuman secara teratur
- menghindari pemakanan yang
- memicu rasa mual atau muntah
- tinggi nilai atau kadar asid
- sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan
- atau menghentikan dahulu pengubatan dengan pengetahuan doktor tempoh hari
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.