
Sulit
4 tahun
Rasa mual dan hilang selera makan
2 3 ni sy kerap brasa mual dan hilang selera makan.sy jugak kadang2 mengalami sakit perut. Badan sy lemah sngt.Sy jugak sebelum ni prnh berhubungan(seks) dngn bf sy.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami anda mengalami simptom mual dan ini membimbangkan anda. Untuk makluman anda, rasa mual boleh disebabkan oleh banyak punca. Oleh kerana maklumat yang anda berikan adalah terlalu ringkas dan kurang teliti, saya akan memberi beberapa punca am yang boleh membawa simptom mual:
- Mabuk pergerakan-ini boleh berlaku ketika anda dalam kereta, keretapi, kapal terbang, bot dan sebagainya.
- Kesan sampingan beberapa jenis ubat-Ini termasuk ubat kemoterapi
- Rasa terlalu sakit sehingga mual
- Kehamilan
- Tekanan emosi
- Masalah hempedu
- Keracunan makanan
- Ulser perut
- Terlebih makan melebihi kemampuan
- Reaksi kepada sesetengah bau seperti bau busuk sampah
- Serangan jantung
- Konkusi atau kecederaan otak
- Ketumbuhan otak
- Kanser
- Bulimia atau masalah psikologi yang lain
- Gastroparesis
- Pengambilan toksin atau alkohol secara berlebihan
- Usus tersumbat
- Radang appendiks
Rasa mual mengganggu aktiviti harian anda? Dapatkanlah kelegaan segera.
Melihat punca-punca di atas, lebih maklumat tentang sejarah kesihatan anda harus ditanyakan untuk mengenal pasti punca anda berasa mual. Ini boleh menjadi perkara yang membimbangkan ataupun yang akan baik dengan sendirinya. Oleh itu, sekiranya anda mengalami mual berterusan untuk beberapa hari, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik untuk penilaian lebih lanjut. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah mual anda.