
Sulit
4 tahun
Rasa mual.. Pening dan badan lesu
Assalamualaikum doctor… 2-3 hari ni sy mengalami rasa mual… Pening kepala yg ringan dan terasa badan lesu… Sy makan seperti biasa dan ada ambil supplement… Apa yg perlu sy buat ye doctor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit/pening kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Migrain
- Keracunan makanan
- Kesan jerebu
- Dehidrasi (kurang minum air)
- Kesan perubahan hormon
Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa menghabiskan antibiotik yang diberikan terutamanya jika terdapat kuman dalam darah kerana ia boleh membahayakan nyawa anda jika kuman tiak dibunuh sepenuhnya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.