
Sulit
3 tahun
Rasa muntah selepas makan
Hi doktor…saya ingin bertanya mengenai bapa saya. Bapa saya baru sahaja mengalami pembedahan memasukkan semula usus ke tempat asal sebab ususnya terkeluar dan telah di pasang jaring. mslhnya sekarang…slps bedah…apabila makan…2 minit slps tu akan terasa mual dan ingin muntah tp x muntah pun. ini menyebabkan selera makan terbantut. boleh sy tahu apa sbnrnya yg dialami bapa saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, muntah-muntah selepas makan seperti yang dinyatakan oleh anda boleh berpunca daripada beberapa sebab:
- Refluks asid atau GERD
- Masalah sfinkter esofagus
- Intoleransi makanan
- Gastritis
- Psikologi: keresahan ( anxiety ) atau anorexia nervosa
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.