Sulit
3 tahun
Rasa nak pitam secara tiba tiba
Sy berumur 30 tahun. Sejak kebelakangan ini sy sering mengalami masalah rasa nk pitam ketika sy bangun drpd baring atau duduk yg lama…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini mungkin disebabkan oleh tekanan darah rendah yang berlaku ketika posisi berubah atau dipanggil postural hypotension.
Hal ini berlaku kerana kelewatan badan bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan tekanan. Kebiasaannya masalah ini disebabkan oleh:
Terlalu lama terlantar atas katil
Masalah jantung
Varicose vein
Sesetangah masalah neurologikal
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.