
Sulit
3 tahun
Rasa ngeri mcm ada sesuatu di tekak dan paru paru
Saya seorang lelaki 30an, menaiki flight dari kawasan merah ke kawasan merah.
Pada sebelum ini saya memang ada sejarah sinus allergic reactions.
Keadaan ini memberi tidak balas badan terutama di kerongkong utk menghasilkan kahak yang melekat pada tekak,
Setibanya di rumah sy mengendalikan hampagas vaccum yang agak berhabuk, seusai siap pada malam tekak saya mula merasa ngeri seakan ada sesuatu yang menyucuk2 di tekak tersebut, gatal tapi setakat ini tiada simptom batuk.
Pada keesokkan hari keadaan sama berlanjutan sehingga saya merasakan sesuatu tidak kena di bahagian paru2 saya,
Sebelum menaiki pesawat saya telah sedia menjalankan rtk test covid dan keputusan negatif, selepas 2 hari iaitu pada hari ketiga sy mula rasa simptom tidak selesa pada dada paru2, tekak, dan lidah juga seakan ada sesuatu yang mengganggu,
Adakah ia allergic atau ada kemungkinan covid?
Adakah apabila saya buat test covid ketika simptom telah keluar (spt ngeri pada tekak) tetapi keputusan tetap negatif menunjukkan virus belum cukup banyak atau berada dalam inkubasi sehingga tidak berjaya dikesan oleh rtk antigent?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala ketidakselesaan pada tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu, jangkitan kuman/virus
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
- Kurang minum air
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Walaupun ujian COVID-19 anda negatif saat ini, lazimnya anda digalakkan untuk melakukan ujian saringan kali kedua menggunakan metode saringan yang berbeza (RT-PCR) terutamanya, jika anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 atau mempunyai gejala COVID-19.
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.