
Sulit
4 tahun
Rasa nyeri di (sulbi)
umur saya 17 tahun,lepas buang air besar(BAB) rasa nyeri di lubang punggung dan ada lebam dibawah tulang belakang (sulbi) mohon penjelasan dok saya tak boleh nak fokus dalam pelajaran lagi2 nak spm tahun depan,bulan november thun ni percubaan spm lagi%$%#&^.saya jugak ade nyeri dan sakit kat perut (lambung) lepas pergi hospital dia kata gastrik tapi tak sembuh sembuh sampai sekarang yang membuatkan saya syak perut lambung saya ada ulser (ulser perut) dan saya syak semua penyakit ni ada kaitan dengan tulang belakang, waktu saya umur 11 saya pernah jatuh bergayut terkena tulang belakang,daripada tulang belakang jatuh hingga ke tanah berukuran 127cm. waktu tu memang sakit tapi sekarang rasa sakit tu dah lupa. mohon penjelasan dokter

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan adalah terhad dan tidak mencukupi untuk pihak kami membuat penjelasan mengenai masalah yang anda hadapi ini.
Akan tetapi, rasa sakit di bahagian dubur selepas membuang air besar ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Trauma atau luka pada bahagian dubur
Anal fissure (fisur dubur)
Proctalgia fugax (masalah otot dubur)
Anal fistula
Selain itu, masalah lebam ini membawa maksud berlaku pendarahan yang berlaku di bawah kulit kawasan tersebut. Ianya berkemungkinan disebabkan oleh terlanggar barang tumpul atau masalah pendarahan lain. Lebam tidak menjadi satu gejala yang membimbangkan. Akan tetapi, sekiranya anda sering mengalami lebam-lebam yang tidak diketahui puncanya anda harus mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Untuk masalah sakit perut anda, terdapat perlbagai punca yang boleh menyebabkan gejala ini. Antaranya:
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk memastikan sekiranya sakit perut anda disebabkan oleh ulser, pemeriksaan endoskop harus dilakukan untuk melihat ke dalam perut anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.