
Sulit
4 tahun
Rasa nyilu ari ari belah kanan
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya mengalami nyilu ari ari sejak berapa yg lepas. Saya hamil ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/ masalah yang anda hadapi iaitu rasa ngilu pada ari-ari. Namun begitu, keterangan yang anda berikan belum mencukupi bagi kami menyimpulkan punca sebenar masalah yang anda alami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Di samping itu,berkenaan keterangan anda di atas, untuk memastikan suatu kehamilan, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan dengan cara yang betul. Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda juga boleh mendapatkan pemeriksaan darah dan ultrasound yang dilakukan oleh doktor untuk mendapatkan kepastian.
Selain itu, tanda-tanda awal kehamilan (berbeza setiap individu) adalah seperti berikut:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.