
jassica94
5 tahun
Rasa pedih dan gatal selepas buang air kecil
saya wanita dan baru berkahwin december lepas. sejak berkahwin saya x tinggal bersama dengan suami lebih seminggu kerana suami kerja di kelantan dan saya pula sabah. tetapi bulan mei baru2 kami ada bersama lebih seminggu. sejak itu, saya rasa pedih semasa buang air kecil dan diikuti rasa gatal di bahagian vagina selepas kencing. gejala ni kerap berlaku pagi atau malam jika sy kurang minum air. Suami juga ada beritahu perkara yang sama seperti saya alami. sebelum ini, sya pernah mengalami jangkitan salur kencing pada tahun 2015. menurut pengalaman doktor, kami berkemungkinan mengalami apa? perluka kami menjalani ujian STD?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Lebih-lebih lagi apabila gejala muncul setelah berhubungan seksual dan turut dirasakan oleh pasangan anda, adalah amat digalakkan untuk memeriksakan kondisi anda ke doktor agar penyakit tidak memburuk dan menjadi parah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.