
Sulit
4 tahun
Rasa pedih dan panas dibahagian tekak dan dada
Saya wanita berumur 39 thn. Dalam 4-5 hari lepas saya mula rasa panasdi bahagian mulut saya. Kemudian rasa panas dan pedih di bahagain tekak saya dan melarat ke bahagian dada dan perut. Pada pandangan doktor apa perlu saya lakukan. Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Refluks asid dari perut
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Rawatan adalah berdasarkan punca masalah kesihatan yang anda hadapi. Sebagai contoh, jika punca masalah anda disebabkan refluks asid, anda dinasihatkan untuk:
- kurangkan makanan pedas
- pastikan jarak antara tidur dan waktu makan melebihi 4 jam
- kurangkan berat badan
- tidur menggunakan bantal lebih daripada satu
- beli ubat anti refluks di farmasi berdekatab
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.