Anonymous
3 tahun
Rasa pening lepas makan
saya lelaki dalam umur 35 tahun. Menghidap gastrik pun suda dalam 3 tahun. cuma simptom kali ni agak berbeza. selesai makan sahaja, kepala rasa pening. jantung berdengup kencang. rasa loya. selalu simptom ni waktu malam. tp sekarang tidak kira waktu. saya suda makan ubat gastrik tapi simtom tetap sama
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, dalam sesetengah kes penyakit gastrik, gejala boleh menjadi lebih teruk selepas makan. Terdapat kemungkinan yang gastrik anda sudah semakin teruk atau gejala tersebut disebabkan oleh perkara lain. Oleh itu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih






























