
simon.dnsb
2 tahun
Rasa pening selepas makan
saya selalu berasa pening selepas makan.selalunya selepas makan malam.paling teruk,saya pernah rasa pening dan sesak nafas.Saya adalah lelaki dan berumur 32 tahun.adakah ini tanda gastrik ataupun gejala lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sesak nafas berlaku apabila saluran pernafasan menyempit akibat bengkak, mengecut atau tersumbat. Ia juga terjadi sebagai respons kekurangan oksigen.
Terdapat pelbagai punca sesak nafas antaranya adalah:
- Jangkitan paru-paru atau saluran pernafasan menyebabkan salur pernafasan bengkak dan paru-paru tidak dapat mengembang dengan baik sekaligusmengurangkan kadar oksigen yang masuk ke paru-paru.
- Masalah jantung boleh menyebabkan sesak nafas
- Asma adalah penyakit yang disebabkan oleh alergi terhadap bahan pencetus asma. Pesakit asma mengalami masalah pembengkakan saluran pernafasan akibat terdedah kepada bahan alergi.
- Kurang darah merah menyebabkan seseorang sesak nafas kerana sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila kurangnya sel ini, paru-paru perlu bekerja lebih keras bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi.
Bagi masalah pening dan pitam kemungkinan anda mempunyai masalah tekanan darah yang rendah. Apabila tekanan darah yang rendah, sel sel darah yang membawa oksigen ke otak berkurangan, lalu menyebabkan anda terasa mahu pitam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.