
syazwan.income
3 tahun
Rasa sakit dada bahagian kanan
Saya lelaki umur 23, kebelakangan ni, saya sering sakit dada bahagian kanan. Adakah ini berkaitan dengan covid atau apa²? Ataupon ada kaitan dengan anxiety sebab saya baru mula bekerja dan belakangan ini saya selalu risau dan pikir tentang covid-19 sehingga saya rasa sakit di bahagian dada dan semalam susah tidur kerana merasa sakit seperti dicucuk di bahagian dada kanan. Lepas selawat sedikit baru berkurangan dan dapat tidur pada pukul 2 pagi selepas baring pada pukul 12pagi. Boleh doktor bagi pandangan sedikit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit dada sebelah kanan. Masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Masalah tulang rusuk seperti costochondritis
- Pleuritis
- GERD
- Gastritis
- Masalah keresahan
Sekiranya masalah berpanjangan atau bertambah teruk, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.