Anonymous
3 tahun
Rasa sakit dan kebas pada kaki
Saya wanita berusia 37 tahun, saya mengalami sakit dan kebas pada kaki dah 5 bulan…sebelum ni saya pernah jatuh tangga, cedera pada atas kaki…doktor mengesahkan tisu kaki saya koyak…kecederaan tu dah 2 tahun berlalu, tapi sekarang kaki saya sakit balik…rasa sakit dan kebas kaki ni bila saya berdiri lama masa buat kerja rumah…saya ada jumpa doktor, doktor beritahu, saya sakit urat saraf, urat saraf yang bersambung dengan tulang pinggul…sebab sakitnya dari kaki sampai ke belakang peha…apakah betul saya sakit urat saraf?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi,kebas pada kaki boleh disebabkan oleh:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.