
Sulit
3 tahun
Rasa sakit di bahagian badan
Saya lelaki awal 20 an Dan saya rasa sakit di bahagian di celah kemaluan saya sebelah kanan. Malam tadi mulanya rasa sakit sehingga sekarang.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit di bahagian celah kemaluan sebelah kanan, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan pada otot
- Jangkitan kulit sekitar (virus, kuman, kulat dan selainnya)
- Tanda angin pasang
- Gangguan saluran darah
- Gangguan saraf
- Penyakit pada kemaluan seperti varikokel, hidrokel, spermatokel dan selainnya. (biasanya bersama pembesaran pada bahagian yang terjejas.)
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Urologi.