
m.arifin2991
5 tahun
Rasa seperti panas tapi suhu normal 35.8 degree celcius
Saya mengalami keadaan di mana badan rasa panas tapi suhu normal sahaja. Dan keadaan tersebut sekejap ada sekejap tiada. Adakah saya dikategorikan sebagai demam?

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius) bagi kanak-kanan demam adalah 38.0
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, perubahan suhu yang dicatat oleh termometer perlu menunjukkan 37.5 dan keatas bagi memberi indikasi bahawa pesakit sedang demam.
Perasaan panas dalaman boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- hormon tiroid berlebihan
- sindrom pre menstrual bagi wanita
- obesiti
- menopaus bagi wanita
Anda boleh menghubungi doktor kami secara percuma dengan merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.