
Sulit
3 tahun
Rasa seperti susah bernafas selepas klimaks
Saya wanita berusia 35 tahun. Saya sering kali rasa susah bernafas dan seperti mahu pitam selepas klimaks ketika bersama dengan suami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami masalah yang dihadapi iaitu sukar bernafas ketika atau selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan. Kami akan cuba bagi penerangan ringkas mengenai situasi ini.
Untuk pengetahuan anda, semua aktiviti fizikal (termasuk aktiviti seksual ini) boleh menyebabkan kesukaran bernafas atau tercungap-cungap bergantung pada tahap intensiti sesuati aktiviti itu. Hubungan seksual ini ibarat suatu bentuk senaman yang membuatkan jantung berkerja lebih daripada biasa bagi mendapatkan oksigen. Perkara ini adalah normal bagi kebiasaanya.
Namun, terdapat banyak sebab keadaan susah bernafas berlaku seperti:
- asma
- saluran pernafasan tersumbat
- gangguan pada jantung
- panik, cemas atau terlalu ghairah
Oleh itu, jika keadaan berlarutan disarankan ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Terima kasih