
Sulit
4 tahun
Rasa Seperti Tercekik
Saya mengalami anxiety yang teruk sejak 2 bulan yang lalu. Saya sentiasa berada dalam keadaan risau terutama mengenai tahap kesihatan saya. Baru2 ini saya ada berkongsi bekas minuman dengan adik saya. Keesokan hari saya mengalami sakit tekak yang berlarutan sehingga 4 hari termasuk hari ini. Saya juga dapati terdapat rashes muncul di tepi mulut. Saya juga merasakan seperti tercekik dan merasakan terdapat ketulan di bawah dagu berdekatan kerongkong. Saya tidak dapat tidur dengan senang kerana risau. Hari ini, saya telah pergi ke klinik dan doktor mengatakan bahawa ketulan yang saya maksudkan seperti tidak ada. Saya cuma diberikan antibiotik, ubat surut bengkak dan ubat sapu. Apakah punca keadaan ini berlaku?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai beberapa gejala yang berlaku serentak, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- stress otot yang berlebihan
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- gangguan kulit
atau ia juga boleh disebabkan oleh
- tabiat pemakanan yang kurang sihat
- gaya hidup yang kurang aktif
- tekanan atau kebimbangan
- jangkitan kuman yang diiringi faktor psikologi yang lain
Justeru buat sementara waktu anda disarankan untuk
- meneruskan pelan rawatan yang telah diberikan
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- melakukan perubahan gaya hidup yang lebih sihat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor anda kembali, sekiranya gejala berterusan atau anda merasakan pengubatan tidak efektif
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.