
Sulit
5 tahun
Rasa tak selesa setiap kali menelan air liur
Saya lelaki berumur 26 tahun, saya dah merasakan ketidakselesaan ini sudah lama. Setiap kali mahu menelan air liur saya rasa macam ada ‘something’ di tekak saya dan kadang kadang saya rasa sempit hendak bernafas. Saya sudah banyak meminum air, makan antibiotik dan jugak ubat batuk tetapi masih sama. Apakah penyelesaian masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ketidakselesaan pada tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.