
Sulit
5 tahun
Rasa tersekat di bahagian dada kanan
Doktor,saya sudah 4-5 hari sakit dada, bukan ditekak tapi di bahagian dada sebelah kanan. rasa seperti ada tulang atau sesuatu tersekat di situ.sangat tidak selesa.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kemasukan bendasing dalam saluran udara
- Radang saluran udara - akibat jangkitan kuman atau jerebu/asap rokok
- Ketegangan otot dada
- Radang paru-paru atau selaput paru-paru - akibat penyakit auto-imun atau jangkitan kuman
- Paru-paru bocor (pnemothorax) - faktor seperti tinggi dan kurus, menyelam atau tertusuk benda tajam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.