Sulit

2 tahun

Rasa tk selesa bahagian serviks

sy 20an n belum kahwin, sy nk tnya blh ke kanser serviks menyerang wanita yg belum pernah melakukan seks? n apa punca n simptom kanser serviks ? apa tanda2 yg abnormal? mslh sy bila sy sentuh kedalam faraj bahagian serviks , sy rasa mcm rasa kasar dan ad ketulan kecil mcm tu? ada ke wanita belum kahwin buat ujian pap smear?

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kanser serviks.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami sesuatu yang berasa kasar didalam faraj dan ingin mengetahui tentang kanser serviks. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.

Saya tidak dapat memberikan kesimpulan tentang keadaan anda dengan hanya maklumat yang telah diberikan, namun ketulan kecil ini mungkin simptom kepada penyakit HPV iaitu salah satu daripada pelbagai jenis penyakit kelamin di kalangan orang dewasa. Ia bercirikan dengan ketuat pada bahagian kemaluan (yang kelihatan seperti isi buah anggur). Jangkitan pada pangkal rahim boleh menyebabkan kanser pangkal rahim pada masa akan datang.

Mengenai kanser serviks, anda boleh menghidapi kanser serviks walaupun belum pernah melakukan hubungan seks. Antara yang berisiko mempunyai penyakit ini adalah mereka yang:

  • Mempunyai jangkitan Virus Human Papilloma (HPV) – virus ini bertanggungjawab dalam 70% dari kanser serviks. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Maka faktor yang meningkatkan risiko mendapat jangkitan HPV adalah:
    • Aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda
    • Mempunyai ramai pasangan seks
    • Hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks
    • Hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat
  • Sistem imun yang lemah- seperti jangkitan Virus Human Immunodeficiciency [HIV]
  • Herpes – jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
  • Ubat Diethylstilboestrol (DES) – anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat yang bertujuan untuk mengelak keguguran semasa hamil berisiko mendapat barah pangkal rahim
  • Merokok – meningkatkan risiko barah pangkal rahim jenis barah sel squamous sebanyak empat kali ganda.
  • Sejarah kanser serviks atau displasia serviks (pra-kanser)

Antara simptom yang mungkin dialami oleh penghidapnya adalah

  • Keputihan yang banyak, berubah warna dan konsisten dari biasa atau bau yang busuk
  • Pendarahan daripada kemaluan selepas melakukan hubungan seks
  • Sakit yang teruk ketika melakukan hubungan seks.
  • Buang air kecil lebih kerap, sukar mengawal kencing atau sakit ketika membuang air kecil.
  • Berlaku pendarahan dari vagina secara tidak normal
  • Sakit pada bahagian bawah abdomen atau pelvis
  • Haid yang berpanjangan dan banyak

Selain itu, berikut adalah gejala umum yang menunjukkan seseorang itu mungkin menghidap kanser serviks iaitu:

  • Penurunan berat badan secara mendadak
  • Kurang selera makan
  • Sentiasa letih dan lemah
  • Pucat

Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.

Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

dima-kosh-MVxbf53X2UQ-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)