Anonymous
6 tahun
Rase kebingungan/terasa mcm dalam mimpi
Saya 27 tahun sudah 2 bulan lebih sy alami rasa kebingungan dan rasa mcm dlm mimpi.mood perasaan gembira pun tiada.asyik fikir masalah sakit ape je.kadang2 ada sakit dada perut mcm kembung2.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kebingungan dan tidak gembira mungkin berpunca daripada masalah depresi yang anda alami. Pesakit yang mengalami depresi juga biasanya mengalami kesukaran untuk tidur.
Oleh itu, saya amat menyarankan agar anda berbincang tentang masalah ini dengan doktor yang merawat anda agar bantuan dapat diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat. Terima kasih.





































