
Anonymous
2 tahun
Rawatan Herpes simplex lips
Saya wanita 30 an… Dr baru mengesahkan sy di jangkitan virus herpes simplex lips…
Soalan 1:
Bagaimana saya nak mengawal penyakit ni supaya tidak merebak?
Soalan 2:
Minyak kelapa dara boleh diguna untuk rawatan virus di atas… Dan bagaimana
Soalan 3:
Nak elak ia berlaku, apa yang perlu sy kawal dan makan dan juga gaya hidup sy

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, cold sores di bibir dan alat kelamin berpunca daripada jangkitan herpes simplex virus (HSV) jenis 1 ataupun 2. Seperti anda, herpes jenis 1 kebanyakannya hanya akan mengakibatkan luka atau lepuh di bahagian mulut.
Rawatan yang anda patut terima dalah adalah rawatan spesifik,iaitu ubat anti viral, yang mampu mengurangkan tahap jangkitan dan tempoh masa jangkitan,maka akan mempercepatkan proses pembaikan. Ubat sapuan pula jarang diberi kerana ianya kurang berkesan dari pil yang boleh dimakan.
Untuk menjawab pertanyaan anda, anda disarankan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba apa apa ubat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.