
Sulit
3 tahun
Rawatan ketuat kelamin di rumah
Sya ada baca cara rawatan ketuat kelamin dirumah…soalan sya adakah krim atau ubat yg boleh digunakan di rumah itu disediakan oleh hospital atau tidak?adakah kita kena mnta dgn doktor yg merawat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, ketuat yang dinyatakan oleh anda perlu diperiksa dengan lebih lanjut kerana rawatannya bergantung kepada diagnosis yang diberikan.
Ruam atau ketuat di kawasan kelamin boleh berpunca daripada pelbagai keadaan, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV)
- Jangkitan kelamin seperti gonorea dan sifilis
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.