
Sulit
5 tahun
Rawatan kudis api untuk dewasa dan kanak2
Anak2 sy telah dijangkiti kudis api… Sy dah menggunakan muposten ointment 2% tapi kudis. Anak berumur 7tahun,5 tahun dan setahun… Sy turut terkenatetap merebak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kudis ini dirawat dengan
- Krim antibiotik- bagi kes yang lebih ringan
- Ubat antibiotik
Untuk mendapatkan ubat ia memerlukan preskribsi dari doktor. Maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
Selain itu, berikut merupakan langkah pencegahan dari kudis.
- Sentiasa membasuh tangan dan kaki selepas bermain di luar.
- Mencuci pakaian atau tuala pesakit dengan air suhu lebih tinggi dan elakkan perkongsian dengan orang lain.
- Ibu bapa harus memakai sarung tangan semasa menyapu krim antibiotik atas kudis.
- Pastikan kuku selalu pendek.
- Larangkan anak anda yang menghidapi penyakit ini bermain dengan kanak-kanak lain.
- Elakkan mengunjungi tempat yang sesak.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.