
Sulit
5 tahun
Rawatan panau di badan
Saya mempunyai panau di badan apa yang perlu saya lakukan . saya sudah mkn pil dah juga ubat sapu telah beransur pulih namun masih ad lgi beberapa tempat yang masih memerlukan rawatan … untuk sekarang saya hanya memakai bedak supay tidak berpeluh sahaja

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, panau ini merupakan jangkitan sejenis kulat yang bernama Malassezia furfur. Oleh itu, ubat yang dibagi kepada anda perlu dimakan dan ubat sapu perlu digunakan di tempat tersebut supaya kulat ini boleh dibasmi.
Pemakaian bedak ini boleh sahaja digunakan tetapi ia tidak akan menghentikan proses peluh anda, maka ia akan meningkatkan risiko jangkitan kulit yang lain. Anda disarankan untuk berjumpa lagi dengan doktor anda untuk membincang bahawa adanya tempat yang belum pulih dan doktor anda akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.