Alysa Humaira

7 tahun

Rawatan penyakit kelamin

saya ingin bertanyakan tentang rawatan penyakit kelamin STD . saya mengalami symptom seperti saya sering mengalami keluar lendir putih apabila selesai membuang air kecil ( kencing ) .
sudah sebulan perkara ini berlaku . saya amat risau dengan keadaan saya ini .

Selamat pagi dan terima kasih kerana menghubungi kami mengenai isu penyakit kelamin. Seperti yang anda sudah mungkin maklum, penyakit kelamin atau dikenali sebagai sexual transmitted disease merupakan penyakit yang boleh berjangkit melalui hubungan seks dengan pasangan yang sudah dijangkiti oleh penyakit kelamin. Anda haruslah berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengenal pasti jangkitan bakteria mana yang anda ada sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai.

Tiga jangkitan penyakit kelamin yang kerap dilaporkan adalah dinamakan sebagai Sifilis, Chlamydia dan Herpes jenis-2, kita akan mulakan dengan menjelaskan apa virus ini dan apa yang boleh anda lakukan untuk merawatnya pada awal anda. Sifilis, adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai bakteria Treponema pallidum subspesies pallidum.

Terdapat beberapa gejala sifilis yang dapat mengklasifikasikan tahap penyakit termasuk, sensasi terbakar semasa kencing, sakit perut bawah dan lain-lain. Dalam chlamydia, jangkitan dikatakan bergerak melalui organ-organ pembiakan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Chlamydia boleh merebak sehingga ke rektum, rongga vagina dan tekak. Herpes type-2 sering dirujuk kepada jangkitan genital dengan herpes. Herpes disahkan dari orang ke orang lain melalui cara hubungan seksual.

Saya ingin mencadangkan anda untuk berunding dengan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan, sebaiknya seseorang yang pakar dalam rawatan penyakit kelamin.

Dr Ilias,

7 tahun

Terima kasih atas pertanyaan anda. Penyakit kelamin atau lebih dikenali sebagai Sexually Transmitted Diseases (STDs) menular melalui aktiviti seksual sama ada melalui vagina, dubur ataupun oral. Contoh menyakit kelamin ialah sifilis, gonorrea, chlamydia dan juga herpes. Simptom bagi lelaki dan perempuan mungkin berbeza sedikit.

Cara untuk memastikan diagnosis jangkitan kelamin adalah dengan berjumpa dengan doktor. Pemeriksaan sampel darah dan air kencing akan dilakukan. Untuk wanita, anda digalakkan untuk melakukan ujian pap smear yang kerap. Simptom penyakit kelamin ialah rasa sakit ketika kencing dan rasa terbakar. Simptom ini oleh didapati dalam jangkitan gonorrea, chlamydia dan trichomoniasis. Warna kencing juga mungkin berubah. Bagi lelaki, keluaran lendir dari zakar juga adalah simptom utama.

Bagi wanita pula, vagina terasa gatal dan perit merupakan simptom chlmaydia dan bacterial vaginosis. Keputihan yang tidak normal dan pendarahan juga mungkin berlaku setelah mendapat jangkitan kelamin. jika keputihan adalah berwarna hijau dan berbau, ia mungkin disebabkan oleh trikomoniasis. Jika ia berwarna kekuningan, ia mungkin disebabkan oleh gonorrea atau chlamydia. Sakit semasa hubungan kelamin juga mungkin dialami.

Oleh itu, anda disarankan untuk berhati-hati dan mengelakkan aktiviti seksual sehingga and telah pasti bahawa anda tiada jangkitan kelamin. Dengan pemgambilan ubat yang betul, jangkitan ini dapat diatasi daripada menjadi teruk dan merebak.

Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda. Untuk menjawab soalan anda,
pengeluaran lendir putih semasa membuang air kecil menunjukkan bahawa anda mengalami jangkitan kelamin atau dikenali sebagai Sexually Transmitted Diseases (STI).

Terdapat beberapa jangkitan kelamin yang boleh menyebabkan pengeluaran lendir daripada kemaluan seperti sifilis dan gonorrhea.Penicillin adalah antibiotik yang paling biasa digunakan untuk sifilis. Penicillin akan diberikan secara intravena selama dua minggu. Jika anda alah kepada ubat ini, anda akan dirawat dengan doxycycline, azithromycin atau ceftriaxone. Tetapi ubat- ubatan ini tidak oleh dibeli di farmasi kerana ia memerlukan preskripsi doktor.

Penicillin adalah ubat pilihan untuk sifilis dan kadar penyembuhan adalah tinggi sekiranya anda mendapatkan rawatan yang secukupnya. Manakala gonorrhea disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae. Simptom gonorhea adalah sakit semasa kencing, kerap mengencing dan pengeluaran cecair seperti nanah dari bahagian kemaluan yang berwarna putih, kuning atau kehijauan. Gonorrhea boleh dirawat dengan antibiotik seperti azithromycin atau ceftriaxone.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)