
Anonymous
5 tahun
Rawatan until sifilis
Abang saya didiagnos sifilis …dia telah menjalani ujian…appointment dia semalam tetapi dia tak dapat pergi…Dan telah diberi tarikh baru pada bulan depan…dia risau kalau lambat mendapat rawatan…boleh tak doktor terangkan apakah rawatan yang akan diberi…Dan tempoh rawatan perlu diambil…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Rawatan awal dengan sifilis adalah penting, kerana pendedahan dalam jangka masa yang panjang terhadap penyakit ini boleh menyebabkan akibat yang mengancam nyawa. Untuk peringkat sekunder dan seterusnya suntikan intramuskular Benzathine penicillin G akan digunakan.
Namun begitu ubat ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.