
Sulit
3 tahun
Rawatan untuk tingkatkan keinginan untuk hubungan intim bersama pasangan
Saya wanita, 31 tahun, sejak melahirkan anak saya perasan saya kurang keinginan untuk bersama suami. Saya menginginkan tetapi jarang kali bersama walaupun suami saya minta. So saya mahu minta nasihat apa yang patut saya buat atau supplement apa yand patut saya ambil. Ini adalah kerana saya antara yang takut untuk ambil apa2 supplement tanpa consultation dengan doktor, dengan lambakan supplement yang ada di pasaran yang mungkin mendatangkan side effect atau keburukan seperti masalah buah pinggang dan lain-lain lagi. Selain itu, kalau bersama suami pun saya rasa macam biasa sahaja, susah nak sampai klimaks seolah2 g-spot sudah lari dari tempat sebelum ni selepas melahirkan anak. Selain dari supplement untuk saya, saya juga perlukan nasihat dan cadangan untuk supplement untuk suami saya. Kami juga ada merancang untuk tambah zuriat tapi kami jarang bersama sebab masalah2 di atas. Harap doc dapat tolong. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Stres dan tekanan emosi
- Ketidakseimbangan hormon
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan anda boleh berbincang dengan doktor mengenai hasrat anda. Kami tidak dapat mengesyorkan sebarang suplemen atau ubat-ubatan tanpa mengetahui sejarah perubatan yang penuh dan melakukan pemeriksaan terhadap anda. Anda juga boleh merujuk kepada doktor pakar perubatan keluarga untuk mendapatkan nasihat bagi anda dan suami.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.