chewmaxis
6 tahun
Rawtan sifilis sudah lengkap,masih menjalani f/up
saya lelaki berusia 32 tahun.didiagnos sifilis bln 2 tahun 20190.
telah ,mendapatkan rawtan di 3 dos injection. skrg saya masih
mejalani f/up untuk peyakit tersebut. smasa 3 bln pertma ujian darah masih
menunjukkan titre yg sma iaitu 1:2, danakan proceed pada bln 9 nanti
untuk slps 3 bln pertma. bagaimana kah saya mengetahui yang saya adalah
betul2 sembuh daripada jangkitan tersebut. saya telah berhenti melakukan sebarang hubungan intim dengan org lain semenjak didianos penyakit tersebut. adakah juga titretersebut akan hilang atau kan stay di badann.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, dengan perawatan antibiotik yang sesuai, sifilis boleh sembuh walaupun mengambil masa. Pemeriksaan titre dilakukan untuk melihat kuantiti kuman yang masih ada dalam tubuh.
Umumnya, sebaik sahaja didiagnosis sifilis dan mendapat pengubatan, anda perlu melakukan follow up sehingga 2 tahun yaitu, setiap 3 bulan pada tahun pertama dan setiap 6 bulan pada tahun kedua. Hal ini kerana kuman sifilis mengambil masa yang lama sehingga hilang sepenuhnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





















