
Sulit
4 tahun
Rentetan soalan confuse haid atau keguguran tadi
Saya confuse sebab sy tak pasti samada kputusan pregnancy test yg sy buat ptg tu betul atau tak. Sbb sy baca orang cakap kputusan yg tepat waktu pagi . Doc rasa mcmana.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, waktu yang terbaik untuk membuat ujian kehamilan adalah menggunakan air kencing pertama pada waktu pagi kerana konsentrasi hormon hCG adalah tinggi pada waktu tersebut. Namun begitu, mendapat keputusan positif atau negatif jika dilakukan pada waktu lain tidak akan mengubah apa-apa. Kami sarankan anda merujuk kepada doktor berkenaan keputusan yang diperoleh kerana hanya doktor yang memeriksa anda sahaja dapat mengesahkan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.