nadhirah.amni
4 tahun
Result ultrasound nyata ‘slightly prominent and hemergenerous endomitrium
Hi doctor ,saya berumur 24 tahun , saya mengalami keguguran pada 17/02/2020 dan melakukan D&C pada hari tarikh yg sama. Pada 24/02/2020 saya melakukan ultrasound semula , doc kata semua product sudah dikeluarkan , dan tiada darah gugur lagi , rahim masih bengkak. Pada 05/03 saya terputus darah selama 2 hari. Dah darah kembali sehingga harini 21/03 . Adakah normal saya masih mengalami pendarahan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pendarahan selepas keguguran dan D&C adalah normal. Namun, seharusnya, lama-kelamaan jumlah darah akan berkurangan. Jika anda dapati darah tersebut berbau, berketul, anda demam dan sakit serta berlebdir, sila dapatkan rawatan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.