
Anonymous
6 tahun
Rheumatiod arthritis
Saya pelajar 17tahun dan saya menghidap penyakit rheumatiod arthritis. Dan doktor, sarankan saya untuk makan ubat prednisolone. Dan saya jugak tahu kesan makan ubat tersebut akan mendapat kesan sampingan iaitu berat badan meningkat. Setiap kali, buat pemeriksaan doktor, berat badan saya sentiasa menaik. Walaupun saya makan dengan kuantiti yang sedikit. Soalan saya, adakah dengan mengamalkan makanan seimbang dan bersenam dapat mengurangkan berat badan saya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, peningkatan berat badan akibat pengambilan steroid biasanya tidak dapat dikurangkan dengan senaman. namun begitu, dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, tidak merokok dan melakukan senaman boleh membantu dalam mengurangkan risiko lain akibat peningkatan berat badan ini seperti masalah jantung.
Oleh itu anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda dan mendapatkan maklumat lengkap tentang ubat ini serta gaya hidup sihat yang boleh disarankan untuk mengelakkan masalah kesihatan lain.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.